Sunday 22 November 2015

Gotong Royong Pusat Sumber

TARIKH : 18 NOVEMBER 2015
HARI : RABU

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER

Aktiviti gotong royong pusat sumber diadakan pada 18 November 2015 hari Rabu. Aktiviti ini dianjurkan bagi membersih dan menghias pusat sumber sebelum sekolah ditutup pada 19 November. Aktiviti ini melibatkan seramai 30 orang pengawas pusat sumber dan seorang pegawai Nbos. 

                                                         
Pelajar putera sedang mengemas dan menyusun semula buku-buku di Pusat Sumber



 
Pelajar puteri turut mengemas dan menyusun semula buku-buku di Pusat Sumber




Pelajar puteri sedang mengemop lantai Pusat Sumber




Beberapa orang pelajar putera membersihkan tingkap Pusat Sumber


Alhamdulillah..... selesai sudah aktiviti gotong royong pada tahun ini. Semoga aktiviti kali ini dapat memupukkan lagi semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar Pusat Sumber.



Sunday 25 October 2015

AKTIVITI MELUKIS TULISAN KHAT


 Shakrawi dari kelas 3 Ikhlas sedang melukis tulisan Khat untuk diserahkan kepada Pengetua Maktab Mahmud Langkawi. Bakat terpendam yang dimiliki pelajar ini amatlah dikagumi oleh semua guru, staf, dan pelajar sekolah ini.




Shakrawi turut dibantu oleh salah seorang rakan kelasnya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga bakat dan ilmu melukis tulisan Khat ini dapat diterapkan ke dalam diri pelajar lain juga.

 









Wednesday 21 October 2015

BENGKEL PEMBINAAN BLOG PSS 2015


TARIKH : 19.10.15 - 21.10.15
TEMPAT : PKG PADANG MATSIRAT





Kursus ini diadakan pada 19.10.2015 (Isnin) sehingga 21.10.2015 (Rabu) bertempat di PKG Padang Matsirat. Ianya melibatkan seramai 13 orang guru PSS dari 13 buah sekolah Zon Padang Matsirat. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu guru-guru PSS dalam membina blog bagi pusat sumber sekolah masing-masing bagi memudahkan orang awam serta warga sekolah mendapatkan maklumat terkini mengenai Pusat Sumber Maktab Mahmud Langkawi. Ia juga bagi memantapkan pengetahuan ICT guru perpustakaan dan media untuk kemudahan di masa akan datang selaras dengan zaman yang serba moden ini. Bengkel ini telah difasilitasikan oleh En. Mohd Kamal dari SK Ulu Melaka.

Sunday 18 October 2015

PENGAWAS PSS MAKTAB MAHMUD LANGKAWI

Syazwan
1 IKHLAS
Ain
3 IHSAN
Nabilah
4 IKHLAS
Izzat
1 IKHLAS
Faisal
1 IKHLAS
Syikin
2 IHSAN
Syamimi
2 IHSAN
Aishah
2 IHSAN

Amira
3 IHSAN

Tuesday 21 July 2015

AKTIVITI GOTONG-ROYONG KECERIAAN PUSAT SUMBER

TARIKH : 17-19 JULAI 2015
TEMPAT : PSS MAKTAB MAHMUD LANGKAWI

Aktiviti gotong-royong ini dianjurkan oleh PKG Padang Matsirat pada 17 sehingga 19 Julai 2015. Aktiviti ini berjalan selama 3 hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Selain itu, peserta yang terlibat adalah lebih kurang 20 orang termasuk guru dan NBOS daripada seluruh sekolah di daerah Langkawi ini. Ia juga turut dibantu oleh guru, NBOS, dan pelajar Maktab Mahmud Langkawi.

Hari Pertama


Hari Kedua



Hari Ketiga

 

Alhamdulillah.. Aktiviti gotong-royong ini berjalan dengan lancar selama 3 hari. Masing-masing menunjukkan sikap kerjasama yang baik semasa aktiviti ini dijalankan. Selain dari menceriakan Pusat Sumber, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi semangat berpasukan antara satu sama lain tidak mengira bangsa.