Sunday 22 November 2015

Gotong Royong Pusat Sumber

TARIKH : 18 NOVEMBER 2015
HARI : RABU

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER

Aktiviti gotong royong pusat sumber diadakan pada 18 November 2015 hari Rabu. Aktiviti ini dianjurkan bagi membersih dan menghias pusat sumber sebelum sekolah ditutup pada 19 November. Aktiviti ini melibatkan seramai 30 orang pengawas pusat sumber dan seorang pegawai Nbos. 

                                                         
Pelajar putera sedang mengemas dan menyusun semula buku-buku di Pusat Sumber



 
Pelajar puteri turut mengemas dan menyusun semula buku-buku di Pusat Sumber




Pelajar puteri sedang mengemop lantai Pusat Sumber




Beberapa orang pelajar putera membersihkan tingkap Pusat Sumber


Alhamdulillah..... selesai sudah aktiviti gotong royong pada tahun ini. Semoga aktiviti kali ini dapat memupukkan lagi semangat kerjasama dan saling membantu dalam kalangan pelajar terutama sekali pelajar Pusat Sumber.