Wednesday 13 April 2016

BENGKEL KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK AYER HANGAT

TARIKH : 12-13 APRIL 2016
HARI : RABU & KHAMIS
TEMPAT : PERPUSTAKAAN SMK AYER HANGAT

Assalamualaikum pembaca sekalian..
Untuk makluman semua, pada 12 dan 13 April 2016 lepas PKG Langkawi telah menganjurkan bengkel khidmat bantu di Perpustakaan Smk Ayer Hangat. Aktiviti ini melibatkan semua GPM dan Nbos dari setiap sekolah dalam daerah Langkawi. 
Bengkel seperti ini diadakan setiap tahun bertujuan untuk sama-sama membantu dan bergabung tenaga untuk mencantikkan dan mengemaskan lagi pusat sumber sekolah yang terlibat.
Untuk makluman, bengkel kedua untuk tahun ini dijangka akan dijalankan di SMK Kedawang pada bulan hadapan. 
Guru-guru dan Nbos sedang merekod buku-buku rujukan yang baru dibeli oleh pihak sekolah. Kemudian buku-buku tersebut disusun rapi di rak-rak yang berkenaan. Bengkel ini dijalankan dengan lancar dan sempurna.


Alhamdulillah.. Selesai sudah bengkel khidmat bantu pada kali ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan memandangkan banyak nilai positif yang diperolehi ketika bengkel ini dijalankan. 

Terima Kasih sudi baca.... :)
Dsunting oleh : Nbos.. :)