Sunday 25 October 2015

AKTIVITI MELUKIS TULISAN KHAT


 Shakrawi dari kelas 3 Ikhlas sedang melukis tulisan Khat untuk diserahkan kepada Pengetua Maktab Mahmud Langkawi. Bakat terpendam yang dimiliki pelajar ini amatlah dikagumi oleh semua guru, staf, dan pelajar sekolah ini.




Shakrawi turut dibantu oleh salah seorang rakan kelasnya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga bakat dan ilmu melukis tulisan Khat ini dapat diterapkan ke dalam diri pelajar lain juga.

 









Wednesday 21 October 2015

BENGKEL PEMBINAAN BLOG PSS 2015


TARIKH : 19.10.15 - 21.10.15
TEMPAT : PKG PADANG MATSIRAT





Kursus ini diadakan pada 19.10.2015 (Isnin) sehingga 21.10.2015 (Rabu) bertempat di PKG Padang Matsirat. Ianya melibatkan seramai 13 orang guru PSS dari 13 buah sekolah Zon Padang Matsirat. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu guru-guru PSS dalam membina blog bagi pusat sumber sekolah masing-masing bagi memudahkan orang awam serta warga sekolah mendapatkan maklumat terkini mengenai Pusat Sumber Maktab Mahmud Langkawi. Ia juga bagi memantapkan pengetahuan ICT guru perpustakaan dan media untuk kemudahan di masa akan datang selaras dengan zaman yang serba moden ini. Bengkel ini telah difasilitasikan oleh En. Mohd Kamal dari SK Ulu Melaka.

Sunday 18 October 2015

PENGAWAS PSS MAKTAB MAHMUD LANGKAWI

Syazwan
1 IKHLAS
Ain
3 IHSAN
Nabilah
4 IKHLAS
Izzat
1 IKHLAS
Faisal
1 IKHLAS
Syikin
2 IHSAN
Syamimi
2 IHSAN
Aishah
2 IHSAN

Amira
3 IHSAN